Matanya memandang ke langit. Hujan masih tali-bertemali turun dari
langit yang sudah tiada awan menghiasinya. Senyum, sambil matanya
dipejam. Subhanallah, sejuknya. Angin sejuk, bau hujan dan bunyi titis
air yang turun ke bumi membuatkan dia rasa suatu perasaan yang sungguh
dekat pada Yang Maha Mencipta. Tenang. Ya, dia rasa tenang. Tenang
kerana ingatan dan hatinya kembali ada pada Allah.
Surah Ar-Ra’d ayat 28,
“
(iaitu)orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang
tenteram.”
‘Tenang,bila hati ada pada Allah,’ Iman tersenyum lagi.
Sudah lama dia tak merasa hujan bumi Terengganu ini. Hampir tiga bulan dia tidak pulang, Jihad mencari ilmu di tanah asing.
Perasaan
gementar tu memang ada bila tercampak kat Kuala Lumpur seorang diri
dulu. Lepas SPM, kawan-kawannya berterabur merata di bumi Allah ini. Dan
dia seorang saja yang mendapat tawaran ke Universiti Malaya di Pusat
Asasi Sains di bawah tajaan JPA.
Ketika dia belajar, dia ada dapat
tawaran medik ke Rusia tapi dia yang menolak, sebab cita-cita asal dia
memang nak jadi jurutera dalam bidang kimia. Semoga Allah mengabulkan
cita-citanya. Dia dah melangkah dua langkah dalam mengejar cita-citanya
itu. Sekarang dia tengah bercuti tiga bulan,buka semester baru nanti,
dia akan masuk ke tahun akhir dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
Kimia.
Memang universiti tempat dia belajar itu tak ada perkataan
‘ISLAM’ pada namanya. Tapi Subhanallah,rahmat Allah ada di mana-mana,
seluas langit dan bumi. Dia tak sangka, dia bertemu dengan cinta di
sini. Cinta Allah yang tak pernah meninggalkan dia sendiri. Dulu,
hatinya tenang tapi tak setenang kini. Sebab kat sini dia belajar
menjadi dewasa. Mengenali cita-cita sebenar seorang mujahid sejati.
Syahid di jalan Allah swt.
*******
“Dan barangsiapa
yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan mendapatkan di bumi
ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barangsiapa keluar
dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan RasulNya,
kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju),
maka sungguh,pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha
Pengampun,Maha Penyayang.”
Ayat ke 100 daripada Surah
An-Nisa’ itu selalu menjadi penawar hatinya bila kadang-kadang dia
terasa lelah dengan perjuangan di rantau orang padahal dia ni belajar
dalam negara,belum duduk luar negara lagi.
Hidup sebagai seorang
Islam yang masuk keseluruhannya ke dalam Islam itu sememangnya manis.
Kalau kita rasa lemah,kita ada ayat-ayat cinta daripada Dia untuk
memujuk. Kalau kita rasa gembira pun,kita tetap ada. Dia tempat kita
sandarkan rasa syukur yang tak terhingga. Alhamdulillah. Iman bersyukur
dengan hidup yang dia ada.
Kalau dulu di sekolah menengah, dia
rasa dia dah cukup baik. Dia percaya dia baik sebab semua orang kata dia
baik. Berasal dari keluarga yang berlatar belakangkan agama yang boleh
dikatakan utuh, buat dia menjadi rujukan kalau ada antara kawan-kawannya
ada masalah di sekolah dulu. Astaghfirullah. Insaf bila teringatkan
diri yang pernah bangga dengan diri sendiri, padahal ilmu agama yang dia
ada tak sehebat sahabat-sahabat dia di sini.
Dan bumi Kuala
Lumpur menyaksikan air mata seorang Muhammad Iman tumpah; bukan lagi
kerana dunia tapi kerana merasa kecil dan lemahnya dia seorang hamba.
Tegar saja dulu berasa dirinya hebat sedangkan ilmu agamanya sikit
sangat-sangat.
Ya. Dia pernah pudar kerana dunia. Dia pernah
tenggelam dalam cinta dunia. Dia malu dengan Allah. Dia pernah suka
melebih-lebih pada seorang bukan muhrimnya. Dia tahu seorang muslim itu
mesti menundukkan pandangan seperti dalam firmanNya dalam Surah An-Nur
ayat ke 30,
“katakanlah kepada lelaki yang beriman,agar
mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kehormatannya,yang demikian
itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang
mereka perbuat.”
Tapi rupa-rupanya iman seorang yang
bernama Iman ini masih lemah diuji perhiasan dunia. Dia tahu apa yang
dia buat itu salah, tapi waktu itu perasaan berdebar dalam hatinya tiap
kali bertentang mata dengan Hanim terasa indah, mengaburkan dia tentang
indahnya lagi mentaati perintah Allah dalam Surah An-Nur itu.
Astaghfirullah. Hanim itu kawan satu sekolahnya, tapi dia tak pernah pun
berbual; hanya memandang dari jauh.
Tapi diamnya dia bukan diam
yang tiada gunanya. Diamnya dia selama ini daripada berbicara soal hati
bukan diam yang sia-sia. Lima tahun. Hampir lima tahun dia simpan
hatinya kejap-kejap dari diketuk mana-mana wanita. Mama asyik tanya
betul ke dia tak ada kawan dengan siapa-siapa? Mama risau dekat dia
macamlah dia anak perempuan,takut lambat jodoh. Iman tersenyum.
Mama,mama. Kalaulah mencari calon isteri itu semudah memetik suis lampu,
dah lama angah buat,ma. Tapi mamanya memang selalu pandai mematahkan
hujahnya.
Hampir lima tahun dia tak bertemu gadis itu. Tapi
namanya tetap ada dalam fikiran,dalam hati. Hanim Najwa.Lima tahun ini
bukan lima tahun yang sia-sia baginya. Dia sudah berusaha
sungguh-sungguh agar hatinya tidak tunduk dengan dunia.
Tak apa
Iman, kalau betul jodohnya dengan Hanim, pasti Allah datangkan kembali
Hanim pada dia. Kalau tak ada, insyaAllah pasti ada yang lebih baik
menanti untuk menjadi suri hatinya nanti. Iman tak mahu risau lagi,
sebab dia yakin Allah telah sediakan yang terbaik untuknya. Apa yang dia
ingin lakukan, berjuang sungguh-sungguh di jalan Allah sebab dia
sayangkan warisan tinggalan Rasulullah SAW ini. Syahid di jalanNya.
Amin.
Bibirnya melafaz tasbih cinta.
Subhanallah. Alhamdulillah. Laa ilahaillah. Allahuakbar.